JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Skim Zakat Kepada Orang Yang Berhutang

Kategori: Zakat
Tahun: 1990
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Jawatankuasa ini berpendapat bahawa hutang yang dimaksudkan di sini terbahagi kepada dua iaitu hutang peribadi (hutang keperluan asas) dan hutang untuk kepentingan umum (maslahah umum) :


1. Di antara hutang-hutang peribadi (keperluan asas) ialah seperti berikut :-


i. Berhutang kerana memberi nafkah seperti makan minum, pakai dan tempat kediaman.

ii. Berhutang kerana pembelajaran anak-anak seperti untuk membeli persediaan persekolahan anak-anak yang dimestikan.

iii. Berhutang kerana rawatan diri, tangunggan dan termasuk upah bidan.

iv. Berhutang kerana ditimpa kemalangan seperti berlaku kebakaran, rumah musnah kerana ribut besar dan sebagainya.


Cara pembayaran di atas diberi :-


i. Segala pembayaran terpulang kepada pihak pentadbiran tetapi tidak boleh melebihi kadar keperluan yang dihajati oleh seorang yang berhutang itu.

ii. Jawatankuasa ini juga berpendapat elok diberi hutang secara 'Al-Qardhul Hasan' dari sinf Al-Gharimin kepada pemohon yang ingin mengelakkan dirinya dari muamalah secara ribadari bank-bank yang ada sekarang dan pihak pentadbiran bolehlah mengadakan suatu peraturan dalam melaksanakan skim ini.


2. Hutang-hutang kerana maslahah umum. Di antaranya ialah :-


i. Hutang kerana untuk mendamaikan persengketaan yang berlaku di antara orang-orang Islam.

ii. Hutang-hutang kerana membaiki masjid-masjid, surau-surau dan peralatan-peralatannya termasuk untuk menjelaskan bil-bil elektrik dan air masjid-masjid/surau-surau.


Jawatankuasa ini berpendapat bahawa sewaktu membuat pembayarannya pihak pentadbiran hendaklah mempastikan bahwa bayaran dibuat kepada orang-orang yang berhutang. Tidak kepada pemberi hutang.


iii. Hutang-hutang kerana 'Tajhir Janazah' (Pengurusan Jenazah) sekadar yang wajib.


Jawatankuasa ini berpendapat bahawa pembayarannya hendaklah dibuat setelah selesai pengurusannya dan butir-butir perbelanjaan hendaklah dikemukakan kepada pihak pentadbiran.


iv. Lain-lain hutang yang difikirkan munasabah oleh pihak pentadbiran bagai kepentingan umum.

 

Klik disini untuk mencetak