JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Skim Bantuan Zakat Di Bawah Sinf Al-Gharimin

Kategori: Zakat
Tahun: 1990
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Pengertian Al-Qardhul Hasan termasuklah juga orang-orang yang diterima masuk ke Pusat Pengajian Tinggi, sedangkan proses biasiswanya atau pinjamannya memakan masa manakala dianya memerlukan wang segera. Oleh itu bolehlah orang berkenaan dibantu di bawah Al-Qardhul Hasan ini.


Dalam Fatwa "Skim Zakat Kepada Orang Yang Berhutang" butir 2 (iv) ayat berbunyi 'Lain-lain hutang yang difikirkan munasabah oleh pihak pentadbiran bagi kepentingan umum' ditukar kepada 'Lain-lain hutang yang difikirkan munasabah yang diluluskan oleh syarak bagi kepentingan umum.'

Klik disini untuk mencetak