JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Bedah Siasat Wanita Mengikut Hukum Syara

Kategori: Perubatan
Tahun: 1994
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat bersetuju merujuk perkara ini kepada fatwa-fatwa mufti kerajaan Terengganu bilangan 85 dan fatwa adalah sepertimana berikut:


Pembedahan mayat sebagaimana yang dilakukan di hospital-hospital pada hari ini ialah suatu perkara baru yang tidak berlaku pada zaman dahulu kala di waktu Islam masih muda kerana pada masa itu hajat tidak memerlukan ia tambahan pula sebagaimana yang diketahui perkembangan ilmu perubatan belum sampai kepada peringkat yang ada pada hari ini. Oleh yang demikian tidaklah dinaskan ia oleh ulama" Mutaqaddimin dalam kitab-kitab Feqah hanya al-Imam an-Nawawi ada menyebut dalam kitabnya yang bernama al-Majmu". Terjemahannya seperti berikut:


'Kiranya ditelan oleh orang yang mati itu akan sebutir permata yang berharga kepunyaan orang lain dan dituntut balik oleh tuannya maka ketika itu haruslah dibelah perutnya kemudian dikembalikan permata itu kepada tuannya dan kiranya mati seorang perempuan yang masih mengandung dan anak yang dikandungnya itu masih hidup waktu itu haruslah dibelah perutnya kerana mengeluarkan anak itu dengan tujuan memelihara satu nyawa walaupun dengan merosakan satu bahagian daripada anggota mayat itu.'


Tidaklah dapat disangkalkan bahawa tujuan dari pembedahan mayat itu ialah untuk memelihara muslihat umum kelak tidak tertuduh seseorang tidak berdosa atau berleluasa seseorang melakukan jenayah sebagai menunaikan keadilan misalnya seorang itu dituduh meracun simati seorang lain dan ada saksi-saksi bohong yang menyaksikannya atau seorang yang mati terkena racun itu dicampak mayatnya ke dalam sungai untuk dikelirukan matinya itu dengan sebab lemas yang demikian dengan menjalankan pembedahan hakikatnya terbukti. Sebagai memandangkan maslahah yang wajib dikawal dan dipelihara pada zaman ini maka amalan pembedahan mayat oleh mereka yang pakar dalam ilmu itu adalah mustahak dan penting. Harus seseorang tidak menyeluk terlebih akan hikmat tasyri" mengatakan hukum pembedahan mayat orang Islam itu haram dengan sebab agama Islam memelihara anak Adam dan memerintahkan orang yang hidup memuliakan mayat dan jangan menyakitkannya. Tetapi sayugialah diingat bahawa menurut kaedah tasyri" iaitu segala hukum syara' itu dilunaskan diatas mengawal faedah dan maslahah dan menjauhkan kerosakkan. Maka mana-mana perkara yang ada padanya faedah dan maslahah yang lebih berat disuruh mengerjakannya dan sebaliknya mana-mana yang ada padanya kerosakkan yang lebih berat disuruh meninggalkan.


Selain dari itu sukacita saya menyatakn bahawa Sohibul Fadhilah al-Syiekh Husnain Makhluf bekas Mufti Kerajaan Mesir dan Sohibul Fadhilah al-Marhum Yusuf ad-Dajwi seorang ulama" yang termasyhur di Mesir telah memfatwakan bahawa pembedahan mayat orang Islam itu harus dengan sebab-sebab yang dibentangkan di atas itu saya sendiri cenderung pada menyatakan bahawa pembedahan mayat itu harus dilakukan pada zaman ini kerana memelihara dan mengawal maslahah umum bila berlaku kematian-kematian yang menimbulkan syak dan syubhah istimewa pula manakala difikirkan bahawa dengan segala rekaan-rekaan baru yang makin hari makin banyak pada hari ini dengan senang sahaja kejadian-kejadian jenayah itu dapat ditudung dan dibenamkan qarinah-qarinah dan ekor-ekor yang harus akan membongkarkan rahsianya.


Berhubung satu garis panduan mengikut hukum syarak tentang siapakah yang berhak ke atas simati untuk memberi kebenaran bedah siasat maka Jawatankuasa berpendapat orang-orang yang berhak untuk memberi kebenaran ialah mereka yang berhak membuat tuntutan darah atau menggugurkannya (?????? ????) iaitu setiap mereka yang berhak mendapat pesaka simati yang berkenaan samada menerusi hubungan nasab atau hubungan perkahwinan.

Klik disini untuk mencetak