JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Pegharaman Perbuatan Meletakkan Ancak

Kategori: Akidah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:

 

Dan bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:

 

Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:

 

“Perbuatan meletakkan ancak adalah haram dan sesiapa yang mengamalkannya dianggap berdosa dan dikategorikan sebagai melakukan syirik kepada Allah SWT ”.


Selanjutnya sila klik:

http://mufti.perak.gov.my/images/perkhidmatan/koleksi_umum/warta_kerajaan/ancak.pdf

 

Klik disini untuk mencetak