JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pandangan Hukum Mengenai Zakat Perhiasan Wanita

Kategori: Zakat
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat membuat keputusan : peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Rabiul Akhir 1427 bersamaan 21 Mei 2006 butiran 3.4 dipinda dan adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju bahawa perhiasan emas wanita ( ????? ) tidak dikenakan zakat selagi mana ia tidak melebihi kadar uruf bagi wanita-wanita Islam yang dianggarkan seberat 850 gram atau nilaian harga semasa yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Klik disini untuk mencetak