JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Buku ‘Seks Islam’ Keluaran Kelab Taat Suami (KTS)

Kategori: Akidah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-5 Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Buku ‘Seks Islam’ yang telah dikeluarkan oleh Kelab Taat Suami (KTS) dan telah membuat keputusan sebagaimana berikut:

 

  1. Buku ‘Seks Islam’ keluaran Kelab Taat Suami (KTS) adalah haram dan tidak boleh dijadikan bahan bacaan umum.
  2. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab hendaklah menyekat supaya buku tersebut tidak disebarkan kepada masyarakat umum.
  3. Asas utama pengharaman buku ini adalah kerana:
  4. tiada sandaran nas daripada Al-Quran dan Al-Hadis.
  5. tiada sumber rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar.
  6. bercanggah dengan akidah dan syariah umat Islam.
  7. terdapat usaha-usaha untuk menghidupkan kembali pengaruh Ashaari Muhamad


Klik disini untuk mencetak