Hukum Menjual Dan Membeli Air Zam zam Al-Mubarak
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah memperhalusi dalam perkara di atas didapati bahawa tidak ada larangan atau tegahan dari syarak mengenai penjualan air zam zam. Oleh yang demikian Jawatankuasa Negeri Terengganu berpendapat tiada halangan bagi sesiapa yang memilikinya untuk menjualnya.