Kalimah "Allah" Pada Kain Pakaian
Setelah diedarkan kain yang tersebut kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa yang hadir pada hari ini, dan setelah diteliti dan dihalusi apa yang didakwa adanya tulisan '???? ' dan lain perkataan, Jawatankuasa mendapati bahawa tulisan-tulisan tersebut tidak dapat dikesan dengan jelas. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini berpendapat kain tersebut sama seperti kain-kain lain, harus dipakai.