Fatwa Berkenaan Pengharaman Ajaran Syiah
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2014 yang bersidang pada 26 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 26 Februari 2014M bersetuju fatwa mengenai pengharaman ajaran syiah di Negeri Melaka untuk diwartakan adalah seperti berikut :
1. Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah serta boleh menjadi ancaman kepada keutuhan agama, kesatuan ummah dan keselamatan serta keamanan Negara.
2. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Melaka. Antara perkara-perkara yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah di dalam ajaran dan fahaman Syiah sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan Akhlak adalah
3. Menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan syahadah yang menjadi Ahli Sunnah Wal Jama’ah;
Mentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa;
4. Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja menghimpun al-Qur’an dengan sempurna dan menolak al-Qur’an yang disusun oleh para sahabat Nabi Sallahu ‘alaihi wasallam yang lain serta mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan atau penambahan di dalam al-Qur’an serta mempercayai bahawa al-Qur’an mengandungi tujuh belas ribu ayat;
5. Menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;
6. Mencerca dan menghina para sahabat yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan para isteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;
7. Menuduh Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu’awwiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah;
8. Mempercayai Al-Raja’ah iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala akan mengidupkan semua orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama Imam Mahadi untuk member keadilan;
9. Mengamalkan Al-Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;
10. Menyetarafkan Sayyidina Ali dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala;
11. Mengamalkan nikah Muta’ah
12. Mempercayai Khalifah dan Imamah adalah sebahagian dari Rukun Islam dan diwasiatkan secara nas;
13. Mempercayai amalan menziarah kubur Sayyidina Husain akan memperolehi ganjaran Syurga;
14. Melakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram;
15. Mengharuskan solat jama’ dalam semua keadaan;
16. Mengharamkan solat Dhuha;
17. Menetapkan Islam bukan syarat wajib haji;
18. Menetapkan prinsip khumus (1/5) sebagai kadar zakat; dan
19. Fahaman-fahaman dan amalan-amalan lain yang menjadi pegangan Syiah dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
20. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka memutuskan bahawa :
21. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang atau menjadi pengikut ajaran Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalakn ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
22. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang bermazhab Syiah melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
23. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan dilarang menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan, fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
24. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau untuk menyebarkan ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalakn ajaran,pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
25. Mana-mana orang Islam sama da secara individu atau berkumpulan yang menganjur, mengadakan dan membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan, keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah;
26. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
27. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikatyang cuba menghidupkan ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah;
28. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah;
29. Mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ; dan jika mana-mana pihak membeli apa jua kemudahan dan bantuan boleh disifatkan sebagai satu persubahatan dan
30. Mana-mana orang Islam yang menyiar atau menyebarkan apa-apa jua bahan yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media social lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
31. Apa-apa variasi, versi, bentukatau cabang mana-maan ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan sebagai ajaran dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
32. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas adalah merupakn suatau kesalahan dan boleh diambil tindakan menurut undang-undang
33. Fatwa ini tidak mengikat terhadap mana-mana golongan seperti berikut :
34. Mana-mana orang dari luar negara yang asalnya dia berfahamana Syiah untuk berpegang dan mengamalkan amalan Syiah kecuali mengembangkannya;
35. Mana-mana orang Islam yang mengajar dan mempelajari ajaran dan fahaman Syiah bagi tujuan pembelajaran akademik; dan
36. Mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar buku-buku, filem, rakaman audio, risalah, majalah atau apa-apa terbitan atau apa-apa dokumen untuk tujuan pembelajaran akademik.