JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pameran Jin, Hantu dan Keranda, Pameran alam misteri serta yang berkaitan dengannya

Kategori: Akidah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Pameran jin, hantu dan keranda, pameran alam misteri adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat kepada akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri jin hantu dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini.

Klik disini untuk mencetak