JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Semakan Hafazan Al-Quran Pelajar Perempuan Sedang Haidh

Kategori: Ibadah
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Negeri Sembilan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah membincangkan mengenai Hukum Berkaitan Semakan Hafazan Al-Quran Pelajar Perempuan Sedang Haidh. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

1. Tidak harus bagi pelajar perempuan yang sedang berada dalam keadaan haidh untuk menghafal hafalan baru dan melalui proses tasmik bagi hafalan baru tersebut.

 

2. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut diharuskan untuk melalui proses tasmik bagi hafalan lama iaitu merangkumi murajaah jadid, murajaah qadim dan murajaah majmuk.

 

3. Manakala bagi calon perempuan dalam keadaan haidh yang menghadiri temuduga kelayakan masuk ke institut tahfiz tidak diharuskan untuk membaca al-Quran. Mesyuarat mengesyorkan agar institut yang menguruskan temuduga berkenaan perlu memberi kelonggaran dan menyediakan alternatif bagi sesi temuduga seterusnya.

 

Status Pewartaan: Tidak Diwartakan

 

Klik disini untuk mencetak