JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pegangan Dan Ajaran Ayah Pin

Kategori: Akidah
Tahun: 1996
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama telah menjalankan siasatan mengenai pegangan dan ajaran Ayah Pin yang dikembangkan di Daerah Besut. Diantara pegangan dan ajaran itu ialah :-


i. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.

ii. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur , Taurat dan Injil dan menjadikannya Al-Quran.

iii. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.

iv. Hanya Ayah Pin dan Nabi Muhammad saja yang berguru kepada Jibril.

v. Setiap kali sembahyang hendaklah beri"tiqad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.

vi. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.


Mesyuarat bersetuju berdasarkan laporan yang dikemukakan, bahawa ajaran dan pegangan Ayah Pin itu adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa kepada ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakan aqidah. Oleh yang demikian jawatankuasa ini memutuskan bahawa orangramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut. Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghapuskan pegangan dan ajaran Ayah Pin.

Klik disini untuk mencetak