Fatwa Tentang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Shah Alam
Semua tingkat bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, iaitu Masjid Negeri bagi Negeri Selangor adalah dihukumkan sebagai masjid (tempat sembahyang) kecuali.
a) Pejabat Imam Besar dan beranda di hadapannya ;
b) Bilik Rehat Diraja dan beranda di hadapannya;
c) Blik Khutubkhanah dan beranda di hadapannya;
d) Pejabat am Masjid Negeri dan beranda di hadapannya;
e) semua menara;
f) semua tempat wuduk , tandas dan bilik mandi
g) bilik kawalan elektrik;
dan oleh itu adalah sah untuk beriktikaf didalamnya dan wajib diperlihara kesuciannya.