JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Tentang Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol

Kategori: Akidah
Tahun: 1998
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

 Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) kali 1/1998 yang bersidang pada 7 Feb 1998 telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut:

 

  1. Ajaran dan amalan Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
  2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol di ana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata"alla.

 

Antara ciri-ciri ajaran itu:

  • a.    Sebelum seseorang murid diterima menjadi ahli, wajib mandi dengan air limau/bidara untuk membersihkan dosa.


  • b.    Bersedekah dan menghormati guru adalah menjadi satu kewajipan bagi murid-muridnya. Di samping itu murid-murid digalakkan membuat kebajikan dan memberi bantuan kepada guru.


  • c.    Kitab Thabitul Qulub yang dijadikan kitab asas kepada tarikat berkenaan, didapati banyak yang bertentangan dengan pegangan umat Islam. Setiap orang yang belajar tarikat berkenaan diberikan buku tersebut dengan bayaran RM25.OO.


  •  d.    Wirid-wirid dalam tarikat ini dikumpul di dalam buku Baitul lbadah yang mengandungi zikir-zikir yang disusun berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran, selawat, istighfar dan doa.


  •  e.   Terdapat 26 adat kesopanan murid kepada guru. Antaranya tidak boleh murid berkahwin dengan isteri guru yang diceraikan atau ditinggalkan mati.


  •  f.    Jika seseorang mati ketika berulang-alik ke tempat belajarnya untuk mempelajari tarikat berkenaan maka Tuhan sendiri yang akan mencabutkan nyawanya itu.


  •  g.   Sembahyang boleh dilakukan dengan niat sahaja (Sembahyang batin) atau boleh ditinggalkan semasa dalam kesibukan kemudian diqada".


  •  h.   Nikah boleh dilakukan tanpa wali dan saksi (Nikah batin).


  •  i.    Sembahyang fardhu diabaikan atau ditinggalkan kerana cukup dengan niat di hati.


  •  j.    Orang-orang yang belum masuk tarikat ini dianggap belum sempurna Islam mereka. Mereka diajak untuk diIslamkan oleh guru atau wakil tarikat ini.


  •  k.   Jika sudah masuk tarikat ini tidak perlu lagi pengajian ilmu-ilmu syariat.


  •  l.    Ajaran-ajaran dalam tarikat ini dirahsiakan daripada bukan pengikut. Tarikat ini juga disebut sebagai Ilmu Sirr (Rahsia).


  • m.   Murid mesti patuh sepenuhnya kepada guru zahir dan batin, jika guru menyatakan jodoh seseorang pengikut itu dengan seorang yang lain maka ia perlu dipatuhi.


  •  n.   Syeikh Ibrahim Bonjol guru tarikat ini mendakwa mempunyai 'Mukjizat' iaitu dengan mengeluarkan air dari tangannya.


  •  o.   Pergaulan bebas antara bukan muhrim dibolehkan antara ahli jika dengan niat yang ikhlas.


  •  p.   Al-Quran dianggap sebagai sejarah sahaja.
Klik disini untuk mencetak