JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Tentang Ajaran Haji Ghazali Bin Othman

Kategori: Akidah
Tahun: 1995
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

(1) Ajaran Haji Ghazali bin Othman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.


(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Haji Ghazali bin Othman di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata"alla.

Klik disini untuk mencetak