JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Tentang Harga Zakat Padi

Kategori: Zakat
Tahun: 2001
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

(1) Harga zakat padi ialah 5% daripada hasil pendapatan kasar tanpa menolak kos pengeluaran.


(2) Ini kerana dalam penanaman padi para petani perlu mengeluarkan kos yang tinggi termasuk perkhidmatan air dan jentera untuk mendapatkan hasil yang baik dan lumayan.


(3) Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Selangor hendaklah membayar zakat padi kepada amil-amil atau penolong-penolong amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Klik disini untuk mencetak