JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Wakalah, Qurban Dan Beberapa Perkara Berbangkit

Kategori: Ibadah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

 1. PERMASALAHAN NIAT QURBAN


i. Niat qurban itu sebaliknya ditentukan sama ada qurban wajib (nazar) atau sunat bagi mengelakkan niat itu menjadi qurban wajib.


ii. Haram memakan daging qurban bagi orang yang berniat qurban wajib (nazar) dan hendaklah disedekahkan kesemua daging tersebut kepada fakir miskin.


2. WAKIL ATAS WAKIL


Hukum wakalah adalah harus dengan syarat-syarat seperti berikut :


i. Lafaz wakalah hendaklah secara soreh atau kinayah;

ii. Hendaklah mendapat izin dari muwakkil;

iii. Muwakkil wajib melafazkan tawkil sama ada secara soreh atau kinayah kepada wakil yang dilantik untuk menguruskan qurban tersebut.


3. PENGAGIHAN DAGING QURBAN KE NEGARA LAIN


i. Harus memindahkan daging qurban sama ada ia qurban wajib atau pun sunat ke tempat lain setelah diagihkan kepada orang-orang fakir dan miskin secara merata di kawasan tersebut.


4. MENGAGIHAN DAGING QURBAN KEPADA ORANG KAFIR


i. Tidak harus memberi makan daging qurban dan aqiqah kepada orang kafir sama ada daging qurban wajib dan aqiqah wajib ataupun sunat

Klik disini untuk mencetak