JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kwsp) Bagi Ahli Yang Memeluk Agama Islam

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2005
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

(1) Orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitu juga sebaliknya.


(2) Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.


(3) Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bulan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.

Klik disini untuk mencetak