Hukum Pembayaran Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi ahli yang memeluk Agama Islam
(1) Orang bukan Islam tidak berhak mewarisi harta orang Islam dan begitu juga sebaliknya.
(2) Jika seseorang bukan Islam memeluk Islam dan mempunyai simpanan KWSP dan telah menamakan penama orang bukan Islam maka hendaklah menukar penama tersebut kepada orang Islam. Jika tiada penama orang Islam dan tiada waris Islam yang berhak ke atas harta tersebut setelah beliau meninggal dunia maka harta itu tidak menjadi hak kepada penama yang bukan Islam, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
(3) Orang Islam boleh membuat wasiat kepada orang bukan Islam tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.