Wang Insuran Sebagai Harta Pusaka
1. Insuran am yang ditawarkan oleh syarikat-syrikat insuran negara ini harus dibeli oleh orang Islam dan wang hasil insuran itu boleh dijadikan harta pusaka sekiranya yang empunya itu mati.
2. Insuran nyawa adalah haram hukumnya kerana mua'malatnya yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam, iaitu mengandungi gharar, unsur judi dan juga riba. Oleh itu wang dari insuran nyawa itu tidak boleh dijadikan harta pusaka.
3. Wang yang diterima hasil daripada insuran nyawa hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.