JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin

Kategori: Akidah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

(a) Bahawa ajaran Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran itu dan menyebarkannya; dan


(b) Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan dibawah :


http://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/42d7718922275093849699a355851ff3?

Klik disini untuk mencetak