JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia

Kategori: Akidah
Tahun: 1997
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke   yang diadakan pada telah membincangkan hukum. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:

  

i. Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju menerima keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996 seperti berikut :


a) Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan ' bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja"fariah yang diterima untuk di "amalkan di Malaysia ',


b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.


c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaaan Persekutuan dan Pelembagaan negeri-negeri supaya memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.


d) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan ta"rif "hukum syarak" atau "undang-undang" Islam seperti berikut :


' Hukum Syarak ' atau 'Undang-Undang Islam ' ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi aqidah, syari"ah dan akhlaq.


e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah dilarang.


f) Menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan Hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama"ah sahaja.


g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah diharamkan.


ii. Bersetuju supaya keputusan fatwa ini diwartakan segera.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan dibawah :


http://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/24f1d9a2e68003e1054a26bba4ff462b?

Klik disini untuk mencetak