JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Membina Dan Merobohkan Bangunan Masjid

Kategori: Ibadah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Adalah harus merobohkan masjid bagi tujuan pembinaan masjid baru dengan syarat-syarat yang berikut:


(a) Sebuah surau bertaraf sementara hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak bagi tujuan sembahyang Jumaat Kariah berkenaan;


(b) Perkakas atau alat-alat yang masih boleh digunakan hendaklah terus digunakan atau dipanjangkan manafaatnya kepada masjid lain yang berdekatan atau dipanjangkan manafaatnya untuk tujuan wakaf sahaja;


(c) Lebihan batu bata, simen, kayu serta besi dari tapak tersebut hendaklah terus digunakan atau dipanjangkan manafaatnya bagi tujuan wakaf sahaja; dan


(d) Pembinaan kuarters dan kediaman kakitangan masjid adalah tertakluk kepada pandangan dan kelulusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak


Untuk makluman lanjut, sila rujuk pautan dibawah :


http://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/2d7b812bfba4fa3337099d805dbcd2da?

Klik disini untuk mencetak