JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Buku Doa Pengasih Tulisan Salim Usman H.Mudhafir Aulia

Kategori: Akidah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan keputusan bahawa :


” Buku Doa-Doa Pengasih Tulisan Salim Usman H. Mudhafir Aulia, Terbitan Pustaka Ilmu, Sg. Tua, 68100 Batu Caves, Selangor adalah HARAM dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar berdasarkan beberapa penyalahgunaan di dalamnya seperti :-


1) Menyalahgunakan ayat al-Quran, perkataan atau menyalahgunakan maknanya hanya sekadar untuk tujuan meraih cinta seseorang melalui cara pendekatan kebatinan yang salah.


2) Mencampur-adukkan bahasa al-Quran dan bahasa manusia.


3) Menyalahgunakan bahasa al-Quran dan mencelarukan pengunaan nahu.


4) Adanya unsur memohon pertolongan dan menyeru kepada selain Allah dalam penggunaan ayat bahasa arab yang tidak difahami oleh kebanyakan orang awam.

Klik disini untuk mencetak