JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kategori: Akidah
Tahun: 1997
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.


Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :


1. Bahawasanya:


(i) Umat Islam di negeri Terengganu hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.


(ii) Penerbitan-penerbitan dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.


2. Oleh yang demikian :


(i) Mana-mana orang Islam adalah dilarang -


(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman Islam selain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.


(b) menerbit, menyiar, menyebar apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam selain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.

Klik disini untuk mencetak