JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menyediakan Al-Quran Dan Terjemahannya Di Hotel

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1995
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Jawatankuasa fatwa yang bersidang pada hari ini memutuskan bahawa membekal al-Quran dan terjemahannya di tiap-tiap bilik hotel tidak diharuskan kerana bilik-bilik hotel terbuka penginapannya kepada orang-orang bukan Islam sedangkan al-Quran haram disentuh oleh bukan Islam atau terjatuh ke tangan mereka. Jawatankuasa mensyorkan supaya pihak pengurusan hotel mengadakan satu tempat khas bagi kemudahan orang Islam meminta al-Quran dan terjemahannya, buku-buku dakwah dan sejadah, dan kemudahan tersebut hanya diberi kepada orang Islam.

 

Klik disini untuk mencetak