Mayat Yang Hancur Akibat Daripada Kapal Terbang Jatuh Terhempas
Setelah Jawatankuasa Fatwa berbincang maka jawapan bagi tiap-tiap persoalan adalah seperti berikut:
1. Hendaklah diambil dikumpul dengan cara yang hormat kerana menghormati mayat dan jangan ditinggalkan sedikit pun cebisan mayat itu. Kemudian diletak ditempat yang disediakan baginya.
2. Dalam keadaan hancur berkecai dan tidak dapat dibezakan antara satu sama lain maka tidak semestinya diasing-asingkan.
3. Hendaklah meratakan air kepada daging-daging yang hancur atau bahagian-bahagian mayat yang hancur dengan disunatkan berniat mandi untuk mayat-mayat Islam.
4. Maksud (??????) itu disuatu tempat yang berasingan iaitu tidak di kubur Islam dan tidak di kubur kafir.
5. Dalam keadaan mayat berkecai dan hancur masalah tuntutan mayat tidak timbul dan tidak perlu dilayani.
6. Dalam keadaan mayat berkecai dan hancur masalah tuntutan untuk mengkebumikan mayat waris juga tidak mungkin timbul dan tidak perlu dilayani.