JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Mendapatkan Semula Tanah Wakaf

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis Bil. 1/2010 yang bersidang pada 26 April 2010 / 11 Jamadilawal 1431H telah membincangkan mengenai Hukum Mendapatkan Semula Tanah Wakaf. Mesyuarat telah memutuskan bahawa mana-mana harta wakaf yang telah sabit wakaf daripada pemilik asalnya akan menjadi hak milik Allah serta merta, tidak boleh ditarik balik oleh pewakaf dan tidak boleh dikembalikan kepada pemilik asalnya. Pihak berkuasa Islam boleh melaksanakan wakaf tersebut berdasarkan maslahat umum semasa’.

Klik disini untuk mencetak