Masjid Dijadikan Asrama
Mesyuarat bersetuju menerima penjelasan lanjut mengenai perkara di atas di bawah tajuk ' Bolehkah masjid menjadi asrama pelajar' yang disediakan oleh YBhg. Dato" Hj. Mohamad Zubir bin Hj. Awang seperti di lampiran '?' berkembar.
Lampiran '?'
BOLEHKAH MASJID DIJADIKAN ASRAMA PELAJAR?
1. Tanah-tanah yang diwakafkan untuk mendirikan masjid adalah tidak boleh sekali-sekali ditukar atau diubah kepada tujuan-tujuan lain atau didirikan banguan lain di atas tanah tersebut - sebagaimana yang termaklum di sisi para fuqaha" yang menyatakan : ??? ????? ??? ????? . Sebaliknya tanah-tanah tapak yang diwakafkan untuk tujuan lain - seperti membina madrasah - sekolah agama atau untuk perkuburan - tidak boleh sekali-kali didirikan masjid di atas tanah tersebut - kerana syarat pewakaf tidak boleh diubah sekali-kali.
2. Tiap-tiap masjid yang didirikan di atas tapak yang diwakafkan untuk bangunan masjid - tidaklah boleh diubah atau ditukar fungsi bangunan itu supaya dijadikan sekolah agama atau asrama pelajar atau lain-lain. Kerana manakala tapaknya diwakafkan untuk dibina masjid - maka tapaknya dengan sendirinya merupakan masjid - iaitu menyerap ke dalamnya ( ?? ???????? ) dan juga kepada masjid yang didirikan di atasnya walaupun seberapa tingginya atau beberapa banyak tingkatnya - Kitab Mughni Al-Muhtaj - halaman 71 penggal 1 menyebutkan : ?????? ?????? ???? ?????? : Maksudnya : dan ruang udara sebelah atas masjid itu hukumnya sebagaimana hukum masjid.
3. Tempat-tempat mengambil wudhu" - bilik-bilik petugas atau penjaga yang dirangka bersama semasa membangunkan masjid - tidaklah menjadi masjid - kerana tujuan membinanya yang asal bukanlah untuk tujuan masjid.