JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Kadar Wajib Zakat Tanaman

Kategori: Zakat
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004 

 

Fatwa Mengenai Kadar Wajib Zakat Tanaman

 

BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:

 

Dan bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:

 

Maka, oleh yang demikian,, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:

 

“ Kadar wajib zakat tanaman iaitu zakat padi untuk digunapakai oleh umat Islam bagi Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebanyak lima peratus (1/20) daripada hasil kasar padi ”.

 

Klik disini untuk mencetak