Garis Panduan Mengikut Hukum Syarak Berkaitan Masjid Dhirar
Setelah perbincangan Jawatankuasa Fatwa berpendapat :-
PENGERTIAN MASJID DHIRAR
Dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir masjid dhirar ialah masjid yang didirikan dengan tujuan memusuhi orang-orang Islam, dan memudharatkan perkembangan Agama Islam, memudharatkan umatnya, membahayakan dakwah Islamiah sebagaimana firman Tuhan dalam Surah at-Taubah ayat 107.
' Mereka yang menjadikan masjid untuk membahayakan, untuk menunjukkan kekufuran, untuk memecahbelahkan antara orang-orang mukmin, untuk menjadi tempat mengintip bagi mereka yang memusuhi Allah dan RasulNya sebelum itu, mereka bersumpah kami bertujuan baik sedangkan Allah mengingatkan bahawa mereka dusta, ????? ???? ?? ??? ??? ???? ......... ???.
Ulasan Jawatankuasa :-
Berdasarkan kepada huraian di atas maka mana-mana tempat ibadat yang didirikan dengan maksud itu adalah termasuk dalam hukum masjid dhirar dan bertentangan dengan matlamat ajaran Islam, supaya umat Islam berkenal mesra diantara satu sama lain, berbaik-baik, bersatu padu dan saling bantu membantu. Oleh sebab itu membina masjid baru di tempat yang telah sedia ada masjid dan pembinaan itu boleh membawa berpecah belah perpaduan adalah suatu amalan yang bercanggah dengan matlamat ajaran Islam, dan masjid itu adalah termasuk di bawah hukum masjid dhirar. Pembinaan masjid tidak dikira sebagai suatu amalan kebajikan yang diterima di sisi Allah kecuali ianya dilakukan untuk keperluan para ahli jumaat dan bukan bagi tujuan memecah belahkan para jumaat.
Di dalam hal ini para fuqaha" telah menyarankan pendapat-pendapat mereka di dalam kitab-kitab feqah tentang hukum berbilang jumaat di dalam satu mukim atau satu daerah, dan mana-mana tempat yang memerlukan berbilang-bilang jumaah adalah terlebih dahulu diperlukan mendapat keizinan pemerintah ( Ulul Amri ) kerana pada dasarnya setiap daerah atau mukim seboleh-bolehnya mempunyai satu tempat sahaja untuk didirikan jumaat.
Pandangan Jawatankuasa :-
Atas konsep dhirar maka mana-mana masjid atau tempat ibadat yang difikirkan boleh membawa berpecah belah umat Islam serta fitnah adalah wajar dirobohkan sebagaimana Rasulullah s.a.w merobohkan masjid dhirar yang telah didirikan bagi menyaingi masjid Qaba" di masa hayat baginda.