Lafaz dan perkataan untuk perubatan dan jampi-jampi serta guna debu lintah.
Jawatankuasa berdapat menggunakan lafaz-lafaz dan perkataan-perkataan yang kurang jelas ertinya serta tidak sahih sebutan bacaannya hendaklah dijauhi kerana dibimbangkan membawa kepada kerosakan akidah.
Jawatankuasa berpendapat menggunakan ayat al-Quran atau huruf-huruf Arab sebagai tangkal azimat untuk tujuan perubatan dan lain-lain pada dasarnya tidaklah salah, walau bagaimanapun dibimbangkan penggunaannya itu akan membawa kepada terhiiina dan tercemar kesucian al-Quran maka adalah haram.
Jawatankuasa berpendapat menggunakan rajah-rajah, dan huruf-huruf tertentu untuk lariskan perniagaan sekiranya ianya merupakan suatu kepercayaan yang boleh merosakan akidah adalah haram.
Jawatankuasa berpendapat menggunakan debu lintah bagi perubatan adalah diharuskan sekiranya keadaan memerlukan dan tidak membawa kepada kemudaratan.