JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penama Adalah Sebagai Pemegang Amanah Wang Simpanan

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.


Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :


Bahawasanya wang simpanan di Tabung Haji, wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebagainya yang mempunyai penama apabila penyimpannya meninggal dunia maka wang simpanan tersebut adalah wang pusaka dan hendaklah dibahagikan menurut hukum faraid.


Oleh yang demikian orang Islam hendaklah menerima pakai fatwa ini.

Klik disini untuk mencetak