JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penyertaan Insuran Berkelompok (Insuran hayat)

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Satu mesyuarat khas bagi membincangkan perkara tersebut telah diadakan pada 23 Jamadil Awal 1421 bersamaan 23 Ogos 2000 di Jabatan Mufti Negeri Terengganu.


Setelah berbincang dan membuat pertimbangan secara menyeluruh dan mendalam mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa konsep dan pengurusan insuran hayat itu tidak sesuai dengan prinsip-prinsip muamalah Islam dari segi akadnya kerana ia mengandungi unsur-unsur ketidakpastian (Ghorar) pertaruhan (Qamar) dan muamalah riba.

Klik disini untuk mencetak