JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Membayar Zakat Fitrah Melalui Khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Kategori: Zakat
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

 Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2011 yang bersidang pada 22 Rabiulawwal 1432H bersamaan 25 Februari 2011M sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :

 

  1. Pihak Maxis hanya diiktiraf sebagai agen dan bukannya amil untuk memungut kutipan zakat fitrah kerana menggunakan perkhidmatan SMS.
  2. Bayaran upah hendaklah diambil dari PZM dan bukan dari pembayar fitrah yang menggunakan perkhidmatan SMS.
  3. Memandangkan semakin banyak syarikat telekomunikasi terdapat di Malaysia dan kemungkinan memohon untuk memberi perkhidmatan seperti ini maka mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini secara umum.
  4. Sighah fatwa yang dipersetujui adalah seperti berikut :

"Pembayaran zakat fitrah melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah harus dengan syarat pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut hendaklah dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka (Majlis) sebagai agen yang hanya akan membuat pungutan zakat fitrah melalui kaedah SMS di Negeri Melaka bagi suatu tempoh yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam Melaka".

Klik disini untuk mencetak