JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pertubuhan Darul Husna Imamiah (Mazhab Syiah)

Kategori: Akidah
Tahun: 1992
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

 Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :


" Setelah dibincangkan daripada tujuan-tujuan tersebut, la didapati adalah bertentangan dengan majoriti dasar dan matlamat Jabatan dan mengikut Enakmen Jabatan Agama Islam Selangor, antaranya :


1. Mengamalkan Mazhab Syiah di kalangan penduduk Malaysia;


2. Dalam tujuan yang kedua (2.3) bertentangan dengan Enakmen Pentadbiran perundangan Islam Selangor 1989 Seksyen 56 - 65;


3. Dalam tujuan yang kedua (2.4) bertentangan dengan Undang-undang Keluarga Islam 1984 mengenai perkahwinan.


4. Dalam tujuan yang kedua (2.5) bertentangan dengan pelajaran Agama Islam Selangor pada masa ini yang berdasarkan kepada Mazhab Syafie, tetapi mereka akan menyerapkan pengajaran mengikut pemahaman Syiah Imamiyah.


Berdasarkan kepada sebab-sebab yang disebutkan di atas mesyuarat mengambil keputusan tidak bersetuju persatuan tersebut didaftarkan. Walau bagaimana pun, sebelum jawapan diberikan kepada pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan, ia hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada Majlis Agama Islam Selangor "

Klik disini untuk mencetak