JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mengenai Syiah

Kategori: Akidah
Tahun: 1996
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

 

Muzakarah Jawatankuasa (Fatwa) Perundingan Hukum Syarak Negeri Sabah Bil. 2/96 yang bersidang pada 26 Julai 1996 telah membuat ketetapan dan menerima pakai keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bertarikh 5 Mei 1996 seperti berikut:

 

  1. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
  2.  Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
  3.  Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang Negeri yang berhubungan dengan hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif "Hukum Syarak" atau "Undang-Undang Islam seperti berikut:-"Hukum Syarak" atau "Undang-Undang Islam" ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak.
  4.  Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
  5.  Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubungan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Klik disini untuk mencetak