Hukum Melukis, Melakar Atau Mengukir Gambar Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Ahli Keluarga Dan Pada Sahabat Baginda
Kategori: Akidah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:
Perbuatan melukis, melakar, mengukir, mengilustrasi atau memvisualisasikan gambar para malaikat, Nabi-Nabi terdahulu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan ahli keluarga serta para Sahabat Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam yang utama atau melakonkan watak-watak mereka dalam apa juga bentuk adalah haram; dan
Orang Islam adalah dilarang mencetak, menjual, mengedar, membeli atau memiliki perkara-perkara yang tersebut dalam perenggan (a) dalam apa jua bentuk.