Perbincangan Lanjut Mengenai Amalan Perubatan Haji Ashari Amri
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2011 yang bersidang pada 1 Zulqaedah 1432H bersamaan 28 September 2011 sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :
i) Perubatan tersebut adalah menyeleweng dari Islam kerana menyalahgunakan Al-Quran dalam perubatan.
ii) Satu majlis pemurnian aqidah perlu dilakukan terhadap pengamal terbabit untuk mendapatkan pengakuan sebelum tindakan selanjutnya dibuat.