Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud atau mentafsirkan mana-mana ayat al-Qur’an dengan angka-angka tertentu dan meyakini bahawa angka-angka sedemikian membawa tuah dan nasib yang baik adalah suatu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariat serta akhlak Islam. Perbuatan ini juga termasuk dalam golongan mereka yang mentafsirkan al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan disiplin-disiplinnya serta tidak mendapat hidayah Allah Ta’ala;
Mempercayai bahawa angka-angka tertentu boleh membawa tuah dan nasib yang baik kepada seseorang adalah suatu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariat serta akhlak Islam; dan
Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.