Keharusan Membayar Zakat Melalui Kad Kredit/Bank Islam Dan Kewajipan Qadha' Zakat
1. Harus membayar zakat dengan menggunakan kad kredit/kad Bank Islam sebagai kemudahan kepada umat Islam di Negeri Melaka untuk melunaskan kewajipan tersebut. Namun demikian, keharusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut -
(a) keseluruhan kos yang terlibat dalam urusan tersebut termasuk pembangunan sistem, penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, caj transaksi dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat Melaka dan bukan pihak pembayar zakat; dan
(b) Kaedah pembayaran tersebut hanya sebagai suatu pilihan atau alternatif kepada pembayar zakat yang berminat dan bukan suatu kemestian.
2. Qadha’ zakat adalah wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.