Pengharaman Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam
1. Senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram menurut syariat Islam dan boleh merosakkan akidah umat Islam.
2.Oleh itu, apa-apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1) di atas adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang orang Islam beramal dengannya.