JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pelaburan Menggunakan Wang Zakat

Kategori: Zakat
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Menetapkan bahawa pada dasarnya harta zakat tidak harus dilaburkan. Bagaimanapun, sekiranya agihan zakat telah dibuat dengan sempurna kepada semua asnaf yang berhak memilikinya, lalu didapati masih ada lebihan, maka adalah harus harta zakat tersebut dilaburkan atas maslahah ‘ammah tetapi hendaklah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :


(i) Majlis Agama Islam Melaka dapat memberi jaminan bertulis bahawa harta asal zakat yang dilaburkan adalah tetap harta zakat dan begitu juga keuntungannya hendaklah dikembalikan kepada akaun zakat untuk dibelanjakan kepada asnaf yang berhak setelah ditolak kos pengurusan yang munasabah;


(ii) Ada jaminan bertulis bahawa Majlis Agama Islam Melaka bersedia untuk membayar balik  kesemua jumlah harta zakat yang dilaburkan itu kepada akaun zakat jika berlaku kerugian dalam  pelaburan;


(iii) Ada jaminan bertulis bahawa harta zakat yang dijadikan modal pelaburan itu boleh dicairkan pada bila-bila masa apabila ada keperluan mendadak di mana harta zakat itu perlu diagihkan;


(iv) Pelaburan tersebut hendaklah dilakukan dengan teratur dan ianya mestilah berlandaskan syariat;


(v) Hendaklah dibuat kajian terperinci berkenaan dengan satu-satu pelaburan yang hendak  diusahakan menggunakan harta zakat dan perlu dipastikan ianya terjamin selamat;


(vi) Hendaklah mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka bagi memastikan dasar-dasar syariat terpelihara ; dan


(vii) Pelaburan tersebut hendaklah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa khas yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan dan bersifat amanah.

Klik disini untuk mencetak