JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kaedah Pengurusan Lebihan Agihan Zakat Negeri Melaka

Kategori: Zakat
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

 1. Menetapkan semula kaedah pengurusan lebihan agihan zakat daripada kutipan zakat bagi tahun semasa di Negeri Melaka adalah seperti berikut -


(a) lebihan agihan zakat daripada mana-mana bahagian asnaf bagi tahun semasa hendaklah dipindahkan kepada bahagian asnaf lain yang ada penerimanya dalam tahun semasa tersebut;


(b) sekiranya masih berbaki, lebihan agihan zakat daripada jumlah kutipan zakat bagi tahun semasa hendaklah dicampurkan dengan anggaran hasil kutipan zakat pada tahun berikutnya mengikut bahagian asnaf yang telah ditentukan; dan


(c) lebihan agihan zakat tersebut hendaklah disimpan di dalam kumpulan wang lebihan zakat.


2. Penggunaan dan perbelanjaan lebihan agihan zakat tersebut adalah hanya untuk lapan asnaf yang layak menerima zakat pada tahun yang berikutnya dengan menaikkan kadar bantuan agihan kepada setiap asnaf bagi tahun tersebut

Klik disini untuk mencetak