Fatwa Mengenai Cadangan Pembayaran Zakat Melalui Terminal Onepay Yang Dikendalikan oleh Mobilityone Sdn. Bhd.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut :
a) Harus membayar zakat harta dengan menggunakan kad ATM (Bankcard) di terminal Onepay yang dikendalikan oleh Syarikat Mobolityone Sdn. Bhd. sebagai kemudahan kepada umat Islam untuk melunaskan kewajipan tersebut. Namun demikian, keharusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
i. Keseluruhan kos yang terlibat dalam urusan tersebut hendaklah ditanggung oleh Pusat Zakat Melaka atau pihak syarikat yang mengendalikannya dan bukan ditanggung oleh pembayar zakat.
ii. Penggunaan kaedah tersebut hanya merupakan suatu pilihan kepada pembayar zakat.