JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Memohon Pandangan Terhadap Laporan Siasatan Bahagian Penyelidikan JAIM Mengenai Ajaran Agama Asalama

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut :

 

a) Ajaran 'asalama' ini didapati jelas menyeleweng sama sekali daripada ajaran Islam dan menyesatkan;

 

b) Majlis pemurnian aqidah ke atas OYDS dan pengikutnya perlu diadakan segera sebagai tindakan awal bagi membendung penyebarannya sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.

Klik disini untuk mencetak