JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengharaman Ajaran Agama Asalama

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 3/2010 yang bersidang pada 5 Zulkaedah 1431H bersamaan 13 Oktober 2010M sebulat suara bersetuju memutuskan mengenai Ajaran Agama Asalama seperti berikut:

 

  1. Ajaran atau fahaman agama Asalama didapati sesat. Oleh yang demikian, mana-mana orang Islam yang berpegang dengan ajaran atau fahaman tersebut juga adalah sesat;
  2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan fahaman tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara; dan
  3. Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran atau fahaman agama Asalama hendaklah segera meninggalkan ajaran atau fahaman tersebut dan bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah subhanahu wata’ala.
Klik disini untuk mencetak