JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Mengenai Pernikahan Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah Dengan Penganut Syiah

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang pada 15 – 16 November 2010 telah mengambil keputusan supaya suatu peringatan diberikan kepada umat Islam berkaitan Hukum Pernikahan Ahli Sunnah Waljamaah Dengan Penganut Syiah.


Jawatankuasa ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan seperti berikut :


“Umat Islam tidak digalakkan mengahwini penganut ajaran Syiah.”


Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember 2010.

Klik disini untuk mencetak