JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Tentang Ajaran Qadiani/Ahmadiah

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Bil 4/2010 yang diadakan di Hotel Hydro, Pantai Miami, Pulau Pinang pada 15 dan 16 November 2010 memutuskan mengenai ajaran Qadiani:

 

Ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. 

 

Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.

 

Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani atau ajaran Ahmadiah dengan ajaran Islam yang sebenar.

 

 

Klik disini untuk mencetak