Bahawasanya berdasarkan keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah JawatankuasA Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-83, maka inilah diputuskan Fatwa untuk diguna pakai di negeri Kedah Darul Aman seperti yang berikut :-
Bahawa senaman yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur falsafah keagamman Hindu dan Buddha, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatakan ketenangan dan kemuncak penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seseorang muslim. Ia adalah senaman disiplin rohaniah yang diamalkan mengikut ajaran agama Hindu dan Buddha.
Ianya perlu disekat dari diamalkan berkembang di negeri Kedah Darul Aman kerana ia adalah Bida’ah Dhalalah dan mengandungi unsur-unsur agama Hindu dan Buddha, unsur-unsur syirik dan boleh merosakkan kepercayaan (iktikad) untuk tidak mengingati Allah s.w.t adalah dilarang hukumannya.
Terdapat beberapa teknik senaman yoga yang tidak boleh diamalkan diantaranya ialah senaman Asana Yoga di mana enam contoh senaman asana ialah seperti berikut:
Padmasama-seorang duduk bersila di atas lantai. Kaki kanan di atas peha kiri dan kaki kiri di atas peha kanan. Tapak tangan kanan di atas lutut kanan tapak tangan kiri di atas lutu kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Padmasana bererti kedudukan teratai yang membawa symbol keheningan, kejernihan, keyakinan diri dan anggota kemaluan perempuan. Ia juga merupakan imbangan sempurna seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.
- Yoga-Mudra – symbol sujud seseorang kepada Tuhan. Kedudukan bersila sama seperti Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam, hembuskan, tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah tangan berpegangan. Kekalkan kedudukan seberapa lama yang boleh tanpa menarik nafas. Kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahan-lahan sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas. Senaman jenis ini amat jelas melibatkan perkara agama atau ketuhanan.
- Matsayana kedudukan ikan. Duduk seperti senaman Padmasana. Rebahkan badan ke belakang. Angkat dada ke atas supaya badan tengah kepala dapat mencecah lantai. Tangan kanan memegang kaki kanan dan tangan kiri memegang kaki kiri dan bernafas seperti biasa tanpa paksaan.
- Padmasana atau Gheranda Saniluta. Duduk bersila sama seperti Padmasana. Kedua tangan disilangkan ke belakang dan pegang ibu jari kaki yang bersilang itu dengan kuat (jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri dengan tangan kiri); tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu serta tekankan dagu itu ke dada serta merta melihat batang hidung.
- Vajraana menyerupai duduk tasyahhud dalam solat Agama Islam, punggung duduk di atas tumit dan peha di atas tumit dan peha di atas labu betis.
- Garudasana-Garuda nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia tunggangan Tuhan Vishnu bila naik ke langit. Senaman garuda ini dilakukan dengan berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat di atas lantai. Kaki kiri diangkat, peha kiri bersilang dengan peha kanan dan belakang betis kiri dan kaki membelit betis kana seperti “seperti akar memebelit pohon”. Cara yang sama dilakukan ke atas lengan, sebelah lengan membelit lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain. Tangan terletak di hadapan muka, kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti.
- Lima teknik senaman yoga lain turut perlu disekat dan dihalang iaitu:
- Hatha Yoga-Ha ertinya matahari dan tha ertinya bulan yang bermaksud menguasai pemikiran kita melaluo cara pernafasan tertentu(prayanama). Cara mengamalkannya tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kaki kanan, tarik nafas perlahan-lahan; ulang beberapa kali; lepaskan ibu jari dan tutup lubang hidung kiri dengan jari tengah dan jari manis; lakukan sedutan dan hembusan nafas beberapa kali sama seperti sebelumnya. Bagi membuat teknik pernafasan tertentu (pranayama) gerakan senamannya adalah sama seperti sebelumnya Cuma sebelum nafas dihembus simpan nafas dalam paru-paru (khumbaka) dahulu. Hembuskan nafas perlahan-lahan tarik nafas semula. Tutup dengan ibu jari, lakukan khumbaka, jatuhkan jari dan hembus nafas perlahan-lahan. Senaman ini bertujuan mendapatkan kesegaran dan kesihatan sebagai sokongan kepada Asama Yoga yang mempunyai tujuan yang sama. Selepas senaman ini ianya diikuti dengan Karma Yoga.
- Karma Yoga ialah Yoga sebab musabbab yang melatih hidup tidak mementingkan diri, berkhidmat untuk manusia, masyarakat dan Negara dan satu latihan penyucian diri. Hasil daripada senaman ini akan menjadi hati kita lembut yang melayakkan kita mengamalkan Bhakti Yoga.
- Bhakti Yoga ialah Yoga Ibadat atau Yoga Cinta Illahi dengan menyerahkan diri sepenuhnya kepada tuhan, Yoga seorang faqir atau seorang sederhana bershaja melalui cinta, taat dan menyerah diri. Dengan ini terbukalah akal dan hati kepada martabat Kehidupan Tertinggi mengajar kita beribadat kepada tuhan. Kharma dan Bhakti Yoga ini disatukan lalu melahirkan tenaga, kemahuan dan kekuatan mental. Di sinilah Raja Yoga menarik kita ke jalan menguasai daya fikiran, melalui proses mengira muhasabah diri menaikkan darjat ke Kekuasaan Rohaniah (Physics Powers).
- Jnana Yoga bertukar daripada perkara zahir dunai kepada batin yang ada dalam diri kita. Kajian ini digelar Yoga pengetahan. Bila sampai ke tahap senaman ini , kita sudah layak memeriksa diri dengan minda terlatih dan daya yang tinggi melakukan konsentrasi terhadap apakah Hikmat Manusia ada di dunia ini, Kesatuan segala serta lain-lain masalah; meneliti secara umum alam dunia di mana kita berada, bagaimana evolusi manusia sehingga boleh sampai ke tahap kita berada sekarang dan pola kehidupan manusia mengikut arus masa mendatang.
- Raja Yoga adalah laluan pencapaian yang membawa kita kepada Mutlaq (Absolute, Tuhan, God Allah, Ultimate Reality) melalui concentration dan meditation. Yoaga-yoga lain di atas hanya merupakan persediaan dan dicantumkan kesemuanya menjadi laluan sehingga ke matlamat pencapaian Yoga diraja ini. Senaman ini membimbing seseorang pengamal Yoga mengalami pencapaian Samadhi (bersatu) tertinggi dan boleh bersatu dengan Mutlaq (Allah).
- Senaman Yoga yang mengandungi unsur-unsur falsafah keagamaan bukan islam adalah dilarangdan diharamkan kerana ia nya bertentangan dengan syariat Agama Islam. Manakala senaman Yoga yang hanya bersifat tubuh badan semata-mata tanpa unsur keagamaan bukan Islam walaupun tidak menjadi kesalahan di sisi syariat Islam, perlu dijatuhi bagi mengelakkan umat Islam terjebak ke dalam syubhah serta penyerupaan terhadap ibadat agama lain.
Oleh itu, masyarakat Islam diingatkan perlu serta wajib berhati-hati dalam memelihara akidah mereka agartidak tergugat dan perlu berwaspada dari mengamalkan senaman Yoga yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.